Selasa, 18 Mac 2014

Teman ke Kawan ?



TEMAN KE KAWAN?



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa khabar anda semua? Teman sihat-sihat saja. Teman bermakna saya dalam loghat Perak.

1. Macam mana nak pilih teman? Teman yang nak kita cari sebenarnya ialah orang yang beriman dan taat kepada Allah SWT dan mengikut Sunnah Rasulullah. Zaman sekarang ni walaupun ramai yang berpendidikan agama sampai ke universiti pun Islam, tapi perangai... Masya-Allah! 

2. Ada orang yang di hadapan kita bukan main baik lagi tapi di belakang kita, mereka menjadikan kelemahan kita sebagai modal untuk hentam kita. Kalau nak selamat, carilah teman yang menjaga solatnya. Orang yang tak tinggal solatnya tak akan melakukan kejahatan. Kita kena perhatikannya sama ada dia pura-pura atau tidak. 

3. Teman yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya akan melakukan kebaikan kepada kita dan menjaga kebajikan kita. Ada tak anda dapat teman begini? Kalau anda dapat, anda ialah orang yang bernasib baik kerana orang ini adalah teman sejati. Dia bukan berlaku baik kepada anda tapi juga kepada keluarga anda. Itulah teman sejati yang akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia hingga akhirat. 

4. Orang yang menjadi sahabat kita ini, Insya-Allah akan dapat bersama-sama dengan Nabi-nabi, orang-orang Sodiqqin, orang yang mati Syahid dan orang yang Soleh. Kalau kita menjaga persahabatan kita dengan orang begini, kita pun dapat tumpang sekaki. 

5. Jadi, berdoalah selalu seperti doa yang saya sebutkan dulu iaitu “Ya Allah, jadikanlah hambamu ini orang yang mencintaimu. Dekatkanlah hamba dengan orang yang mencintaimu dan kurniakanlah kepada hamba-Mu ilmu dan perkara yang akan mendekatkan diri hamba kepada-Mu".

6. Masihkah ada orang yang bersifat seperti ini dan kita dapat menumpang tuahnya? Kalau anda tak jumpa orang macam ni, andalah yang kena berubah menjadi orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya! Itulah yang sebaik-baiknya.

7. Kalau kita ada teman yang selalu berpura-pura tapi sebenarnya dia tak ikhlas dengan kita, maka  berhati-hatilah kerana orang ni ialah orang munafik. Dia hanya akan berkawan dengan kita jika kita ni ada kepentingan bagi dirinya. Kalau dirasanya kita ni akan mengancam atau menyusahkannya, dia akan menjauhkan dirinya daripada kita. 

8. Begitu juga dengan orang kafir. Sebaik-baik orang kafir, tak guna juga segala kebajikannya selagi dia tak beriman kepada Allah SWT. Orang kafir tak boleh dipercayai tapi kalau orang Islam yang berdamping dengannya tak ambil peluang untuk menariknya menjadi orang yang beriman, alangkah ruginya orang Islam itu. 

9. Kadang-kadang orang Islam yang berkawan dengan orang kafir lebih teruk perangainya daripada orang kafir. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk Orang munafik dan Orang Kafir. 

10. Jauhkanlah diri kita daripada orang-orang ni sebab nanti tak pasal-pasal kita join depa ni dalam Neraka Jahanam. Sebab tu kalau nak pilih kawan atau teman, pilihlah orang yang menjaga solatnya kerana orang yang memelihara solatnya tak mungkin nak buat maksiat.

11.  Kalau dia masih buat kejahatan, maknanya dia tak solat dengan khusyuk ataupun solatnya tak diterima oleh Allah SWT disebabkan dia masih kurang lagi ilmu dalam menyempurnakan solatnya.

12.  Kalau nak cari geng, carilah geng yang boleh berbincang tentang perkara yang baik. Mungkin kita tak pandai nak berbicara tentang agama tapi kita boleh mengajak kawan-kawan atau teman kita pergi ke majlis ilmu yang dikehendaki. 

13. Akhir sekali, janganlah  berkawan dengan orang zalim atau bersubahat dengan dengan mereka . Kadang-kadang kita nak menjaga hati mereka sampai sanggup melakukan apa saja yang diminta atau diarahkan oleh mereka. Akibatnya, kita akan dapat balasannya bukan saja di dunia tapi juga di akhirat  kelak. Tak berbaloi niat kita tu!

14. Cuba bayangkan api kalu terkena kulit kita, inikan pulak kalau kena bakar dalam neraka macam ubi bakar dalam dapur arang. Kalau saya bayangkan keadaan tu, saya rasa tak sanggup nak hidup lama-lama sebab takut kene siksa di akhirat kalau buat salah. Kebajikan pun tak nampak ganjaran lagi, jadi macam nak menghadap mahkamah Allah di akhirat nanti kalau timbangan nanti menjurus kepada neraka? 

15. Oleh itu, kalau nak pilihlah teman, pilihlah orang yang betul-betul mengambil berat tentang kita, bukannya yang sanggup menganiayai kita atau mengambil kesempatan terhadap kita. Insya-Allah, kita akan selamat dan mendapat kebahagiaan bersama-sama teman-teman dan kawan di dunia hingga akhirat. 

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.

Berkawan biar seribu tetapi dalam seribu hanya ada seorang sahaja yang akan setia bersama kita dalam keadaan susah atau senang.

Semoga anda akan mencari teman sejati . Wassalam.

Rabu, 29 Januari 2014

Hadiah Terbaik

Jadilah orang yang sentiasa memberikan hadiah yang terbaik. 





Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah 'kejayaan' .
Hadiah terbaik untuk murid adalah 'tauladan' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'













-----------------------------------------------------------------------------
Mencari hadiah dari hati..
sebagai penghargaan kepada sahabat sejati

Jemput la singgah selalu di sini.



https://www.facebook.com/NaimRichDesign

https://www.facebook.com/NaimRichDesign

Klik di sini


Doa

  "Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya 
sedang ia tidak ada bersamanya, 
maka malaikat akan berkata:   
Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

 Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali






-----------------------------------------------------------------------------
Mencari hadiah dari hati..
sebagai penghargaan kepada sahabat sejati

Jemput la singgah selalu di sini. 

https://www.facebook.com/NaimRichDesign

https://www.facebook.com/NaimRichDesign

Klik di sini










Selasa, 28 Januari 2014

Persahabatan

Persahabatan adalah anugerah -
Membuat Kita
Tertawa
Menangis
Menerima
Memberi
dan yang paling penting
membuat kita 

MENGHARGAI HIDUP 





Mencari hadiah dari hati..
sebagai penghargaan kepada sahabat sejati

Jemput la singgah selalu di sini.
 
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
Klik di sini

Isnin, 27 Januari 2014

Kejayaan

Mudah sesangat nak BERJAYA kalau ikut 4 perkara ni :


1) NO COMPLAINT
(Jangan komplen gantikan dengan BERSYUKUR)

 
2) NO EXCUSES
(Jangan banyak alasan gantikan dengan CARI JALAN PENYELESAIAN)

 
3) NO BLAMING OTHERS
(Jangan salahkan orang lain tetapi SULUH DIRI SENDIRI dahulu)

 
4) RESPONSIBILITY
(Bertanggugjawab dalam semua perkara yang kita lakukan)


Amalkan perkara di atas maka mudahlah untuk anda BERJAYA..!!


Moga bermanfaat! 




Mencari cenderahati @ hadiah dari hati..
Untuk di berikan kepada si buah hati.

Jemput la singgah selalu di sini.
 
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
Klik di sini


Rabu, 22 Januari 2014

Maybank2u

BERITA TERKINI..

Maybank2u Kini Menampilkan Maklumat Pembayar

Mulai semalam (21 Jan 2014), kelihatan transaksi di maybank2u sudah memaparkan info terperinci tentang pihak pembayar di bahagian keterangan. Sudah pastinya, ini adalah satu berita yang sangat menggembirakan kepada usahawan-usahawan online yang menggunakan maybank2u untuk menerima bayaran dari pelanggan mereka.


Sebelum ini, pihak peniaga online agak sukar untuk mengenalpasti transaksi bayaran yang diterima dari pelanggan. Lebih-lebih lagi jika terdapat puluhan pembeli yang membeli pada hari yang sama dan membayar jumlah amaun yang sama ke akaun penjual.

Dengan ciri baru ini, ianya serba sedikit melegakan dan menggembirakan pihak penjual.

Namun begitu, hanya bayaran menggunakan kaedah fund transfer (ATM / maybank2u) sahaja yang akan dapat memaparkan maklumat nama pihak pembayar. Untuk bayaran menggunakan “Cash Deposit Machine (CDM) serta cek, tiada info nama pihak pembayar dapat di paparkan

Info drp :
http://www.wangcyber.com/maybank2u-kini-menampilkan-maklumat-pembayar/#ixzz2r71yZI77








Mencari cenderahati @ hadiah dari hati..
Untuk di berikan kepada si buah hati.

Jemput la singgah selalu di sini.
 
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
Klik di sini

Salah Siapa ?

Bila berlaku krisis rumah tangga di mana si isteri dipersalahkan seperti :-
  • Tak jaga kecantikan
  • Masak tak sedap
  • Tak pandai masak
  • Bersepah malas mengemas
  • Asyik nak balik rumah dia je
  • Badan membesar jadi gemuk tak cantik
  • Pemalas
  • Malah kadang2 ada yg faktornya si Isteri curang ...

Pernahkah kamu terfikikir wahai lelaki sepanjang usia perkahwinan kamu itu .. :-
  • Adakah kamu menjaga isteri kamu sebaik mungkin
  • Makan pakaianya kamu berikan secukupnya tak?
  • Keinginan seksual isterimu kamu puaskan ke tak?
  • Jika tak pernahkah kamu beruaha untuk berubat dsbg?
  • Bila dia perlukan teman berbual kamu ada disisi tak?
  • Masa dia lahirkan anak kamu temankan dia kat hospital tak?
  • Kamu azan dan qamat anak2 yg dia lahirkan tak?
  • Kamu berjaga malam buatkan susu tak masa baby tu menangis malam2 masa dia dlm pantang tak?
  • Kamu imamkan solat berjemaah dengan dia tak?
  • Kamu kejut dia solat tahajud malam2 tak?
  • Kamu bawak dia ke masjid dengar majls ilmu tak?
  • Kamu bawak dia ke masjid solat tarawikh bulan puasa sama2 tak?
  • Kamu bawak dia pergi umrah dan haji tak?
  • Kamu ajak dia sama2 bersedekah bantu orang miskin tak?
  • Kamu isi dada isteri kamu dengan iman dan taqwa tak?
  • Kamu bagi duit tak setakat yg kamu manpu? Ke kamu mengepow duit isteri kamu?

Jika jawapannya ialah YA untuk semua permasalahan di atas
maka jangan salahkan PEREMPUAN ...
they deserve to be happy and live happily with someone else and NOT with you !

Tapi jika kau dah berikan segala2nya diatas dan dia masih macam celaka ...
maka bersabarlah kerana neraka bagi perempuan yang tidak bersyukur ... !

Muhasabah dirilah dulu sebelum nak tengok keburukan orang menyalahkan orang ... dan bersabarlah kerana SABAR itu sangat seeet ....


Credit to
YM Raja Shamri






Mencari cenderahati @ hadiah dari hati..
Untuk di berikan kepada si buah hati.

Jemput la singgah selalu di sini.
 
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
https://www.facebook.com/NaimRichDesign
Klik di sini